Seringkali aku tnye diri sendiri apa sebenarnye yang diri aku nak. Pakaian? Makanan kot? Rumah kot? Kenderaan kot? But bkn sume ni boleh bawak mati pon. Kdg2 ade keinginan nk miliki semua tu, cume kesempatan belum diberi. Ade org2 tua y aku pernah aku nampak, hidupnye tenang je walaupun x de harta, alangkah bahagianya mereka y dpt ketenangan sebenar dari Allah, ade org jugak y aku nampak, hidup mewah, rumah besar tapi jiwanya gelisah x tenteram.... Beruntung org2 yang di berikan ketenangan pd jiwanye....dan dukacitalah bg mereka y jiwanya gelisah.
Aku mmbce satu kisah cerita musyawarrah burung karya Fariduddin Al-Atar, walaupun ianya hanya menceritakan ttg sekumpulan burung y terbang semata-mata hanya mencari Raja Burung atau di panggil Raja Si Murgh. Namun proses perjalanan burung itu tadi tersirat makna bg kita semua. Kisah cerita mmg ade unsur-unsur kesufian, bg mereka yang pernah bc atau yang ade buku ni maybe u all akn faham penyampaian y d sampaikan oleh Fariduddin Al-Attar. Ade segelintir org kata buku ni ade unsur fahaman Wahdatul Wujud. Betul ke? Aku pon sendiri tak tau ade ke x, masing-masing punye andaian. So aku pon berhati hati dlm setiap pencarian, x kn nk jadi mcm Syekh Siti Jenar... Tapi kan bile aku kaji semula mmg betul, dlm diri manusia ni adenye Allah, cume fahaman tersebut mmg terang terangan telah di tentang pade zaman sunan kalijogo ataupun wali songo. Hanya ajaran Sunnah wal Jamaah yang kite ikut. Klu korg nk tau lebih lanjut ttg Wahdatul Wujud, elok lah bertanye pd y arif, jgn tnye aku pulak,
Bercerita pasal sufi ni lebih kepada mengenal diri, dan dari mengenal diri tu lah kita mengenal Allah...tp bagaimana kita nk mengenal..? So kita mngenal dgn sifatnya, yang di bg pinjam kat kite semua,
Ok aku ade petik satu artikel dr web site sorg Hamba Allah y aku mohon share,
Apa itu sufi dan Ciri-cirinya:
Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu
denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan
kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian
mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula
jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak
didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan
dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang
pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa
mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama
antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian
para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para
waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka.
Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak
ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali
syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran
para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun.
Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t
daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa
yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi
fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan
ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan
oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang
membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah
itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan
bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para
anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan
dalam mimpi.
Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para
Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali
qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi
Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan
lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup ( bertaraf
waliyullah) . Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah ,
amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan
banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu
. Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid
akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap
dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting
ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa
zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan
saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke
dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat
sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan
membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan
takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat –ayat
mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu
adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah
al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan
mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi
pelajaran kepada mereka dan sebagainya).
Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam
sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak
murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan
ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan
pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan
rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya ,
mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi
langsung berjumpa dengan mereka ( dalam banyak hal secara yakazah ,
bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang
ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang
Nurmuhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan
melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan
burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’
Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara
ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat
menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak
daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan
menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah
redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w
sebagai umatnya yang setia.
Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai
ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul
lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru
mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam
kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan
perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat
secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka
tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari
banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi
terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang
diperuntukan .
Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih
dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi ,
keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan
dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan
penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan
sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah
s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab
mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka
melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan
muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang
bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat
kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan
manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka
boleh berbicara dengan ruh-ruh ( baik manusia yang hidup mahupun yang
mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan
menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan
dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini
, melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah
tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain ,
tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al –Haqq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan